Cerita Penghujung Tahun…
December 3, 2008
Salam semua… dah beberapa minggu tak sempat update post mahupun promosi dari kami. Kesibukan menyiapkan beberapa artwork printing client (Sireh Emas, orang perseorangan) membuatkan saya tak sempat pun nak menjenguk web sendiri.
Alhamdulillah, job Videografi & Fotografi ada lagi 1 di Lenggong pada 6 hb. Disember ni. Untuk 2009 dah pun ada pelanggan yang booking. Insya-Allah saya akan updatekan senarai tempahan untuk tahun depan nanti.
Untuk job printing, kini perkhidmatan Seri Pakis telah pun digunakan di luar Malaysia. Client kami dari Sireh Emas Singapura telah pun berminat untuk membuat cetakan kad nama dan juga Solat Card (Jadual Waktu Sembahyang) bagi kegunaan di Singapura. Insya allah saya akan buat satu pautan ke ruangan client dan artwork yang telah kami siapkan.
Ada beberapa promosi percetakan dan fotografi akan dibuat oleh Seri Pakis untuk tahun 2009 nanti. Harapnya saya sempatlah sediakan semuanya untuk disampaikan kepada pelanggan yang dihormati.
Dalam masa terdekat ni saya akan upload beberapa gambar di Majlis Perkahwinan client kami yang diadakan pada 28-29 Nov. yg lepas.
Harap berjumpa lagi di post akan datang,
Khairul@seripakis.com
Promosi: Kad Kahwin | Paper Bag
October 21, 2008
Assalamualaikum,
Promosi di Seri Pakis kini kembali! Kami menawarkan dua item terhangat dalam carian di Yahoo/Google iaitu cetakan ‘kad Kahwin’ dan ‘Paper-Bag’.


ps - Tawaran ini dibuka bermula 13/10/2008.




Recent Comments