WP| Shahril dan Dila
November 20, 2008
Fuh! Sibuk betul kebelakangan ni sampai tak sempat saya nak update gambar-gambar yang telah kami rakamkan.
Alhamdulillah, ada masa terluang ni saya uploadkan beberapa keping gambar yang dibenarkan untuk tontonan awam oleh pihak pengantin (Shahril dan Dila), jangan marah ye… lambat upload.

———<&>———
Bertempat di Sungai Petani, Kedah (Majlis bertandang ke rumah lelaki) krew Seri Pakis (Wira dan Yudas) pun menekan pedal dengan bergayanya pada petang Jumaat (31 Oktober 2008) untuk menunaikan tanggungjawab mereka meng’shoot’ gambar-gambar pengantin seperti yang diminta.
Majlis pada 1 November itu berjalan dengan lancar dan selesai mengikut perancangan. Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah diambil. Untuk video pihak kami tak upload di sini (maklumlah, hosting kecik je…)
Tahniah dari kami. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, memperoleh zuriat yang comel dan moga kami dapat memberikan khidmat kepada bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan cuti sekolah ni…
Salam;
Khairul@seripakis.com
Senarai Tempahan Photography/Video
November 3, 2008
Tempahan Photography/Videography di buka sekarang!
Kepada bakal pengantin yang dihormati sekelian. Kami kini membuka tempahan PAKEJ WEDDING PHOTOGRAPHY untuk tahun 2009 (Januari - Disember 2009). Kami juga menawarkan potongan harga sebanyak 9% bagi pelanggan yang membuat tempahan awal (minima 1 bulan awal dari tarikh majlis). Anda hanya perlu membayar RM50.00 bagi block-date tarikh pilihan anda dan secara automatik anda akan mendapat diskaun yang dijanjikan (semua pakej wedding photography).
Januari 2009
- Majlis Perkahwinan (L - P) - Bangi/Rembau - (booking)
Februari 2009
- Majlis Bertunang (P) - Muar - (comfirmed)
- Majlis Nikah (P) - Video - S.Jaya (Booking)
Mac 2009
- Kosong
April 2009
- Kosong
Mei 2009
- Majlis Perkahwinan (P) - Pulau Pinang - (booking)
Jun 2009
- Majlis Perkahwinan (P) - K.L (Booking)
Senarai tempahan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila semak jadual ini terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Kami hanya boleh menerima tempahan pada tarikh yang sama maksima 2 tempat sahaja. Harap maklum.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di ruangan ‘Comment’ di bawah. Terima kasih.





Recent Comments